Berikut adalah isi penting bagi pembaharuan terkini untuk PSU yang telah diumumkan pada 5 Jun 2020:
1. Bilakah PSU mula berkuatkuasa?
- PSU mula berkuatkuasa pada 1 April 2020.
- Tempoh PSU adalah selama 6 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.
2. Bilakah PSU akan berakhir?
- Tarikh akhir permohonan PSU adalah pada 30 September 2020.
3. Apakah perluasan PSU yang diumumkan pada 5 Jun 2020?
- PSU yang diumumkan pada 5 Jun 2020 adalah seperti di Jadual 1 berikut:
JADUAL 1: BUTIRAN PROGRAM SUBSIDI UPAH SERTA PERLUASAN PSU
Saiz Perusahaan | 75 orang pekerja
dan ke bawah |
76 hingga
200 orang pekerja |
201 orang pekerja dan keatas
(lebih 200 orang) |
Had Bilangan Pekerja yang Boleh Dituntut | 75 orang | 200 orang | 200 orang |
Kadar Bayaran
(Bulan 1, 2, 3) |
RM1200 sebulan
setiap pekerja |
RM800 sebulan
setiap pekerja |
RM600 sebulan
setiap pekerja |
Syarat-Syarat Kelayakan: |
|||
Kadar Penurunan Pendapatan atau Jualan | Tiada syarat ditetapkan | Kadar penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya | Kadar penurunan sebanyak 50% atau lebih daripada jumlah jualan atau pendapatan berbanding dengan bulan Januari 2020 atau bulan-bulan berikutnya |
Pendaftaran Majikan |
|
||
Gaji Pekerja |
|
||
Perluasan PSU di bawah PENJANA Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 |
|||
Kadar Bayaran dan Tempoh Bantuan 3 Bulan Tambahan (Bulan 4,5,6) | RM600 sebulan setiap pekerja untuk 3 bulan | RM600 sebulan setiap pekerja untuk 3 bulan | RM600 sebulan setiap pekerja untuk 3 bulan |
Pendaftaran Majikan |
|
||
Gaji Pekerja |
|
||
Syarat-Syarat Lain |
|
||
Tarikh Kuatkuasa |
|
||
Cara Permohohan |
|
||
Tarikh Akhir Permohonan |
|
4. Bolehkah pekerja yang diarahkan mengambil cuti tanpa gaji (CTG) memohon PSU, yang mana sebelum ini diliputi di bawah program Employment Retention Program (ERP)?
- Mulai 15 Jun 2020, program ERP akan digabungkan di bawah PSU.
- Perluasan PSU ini meliputi pekerja yang telah diarahkan mengambil CTG dengan syarat bekerja di sektor pelancongan atau sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang masih dilarang (prohibited) sepanjang tempoh PKPP. Majikan tersebut boleh memohon PSU dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung.
- Majikan di bawah sektor pelancongan perlu mengesahkan aktiviti industri (berdasarkan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan) semasa mengemukakan permohonan PSU.
5. Adakah majikan yang telah menarik diri dari PSU sebelum 15 Jun 2020 layak mengaktifkan permohonan PSU asal?
- Majikan yang telah menarik diri dari PSU sebelum 15 Jun 2020 layak untuk membuat pengaktifan permohonan sebelum ini semula melalui e-mel aduansip@perkeso.gov.my
6. Sekiranya majikan mengemukakan permohonan PSU pada bulan Jun, adakah subsidi upah akan dibayar dari bulan April (backdated) atau bermula pada bulan Jun?
- Subsidi upah akan dibayar mulai dari bulan permohonan yang dikemukakan dan tiada pembayaran bulanan ke belakang (backdated). Permohonan yang diterima sebelum 30 September akan menerima subsidi upah selama 6 bulan pada kadar yang telah dijelaskan di Jadual 1.
7. Bagi permohonan PSU bulan berikutnya, adakah majikan perlu mengemukakan permohonan yang baru bagi tuntutan yang seterusnya?
- Majikan tidak perlu mengemukakan permohonan PSU yang baru bagi tuntutan bulan-bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, majikan dikehendaki mengemaskini perubahan maklumat setelah mendapat bayaran tuntutan bulan-bulan berikutnya, sekiranya berlaku apa-apa perubahan kepada status keaktifan perniagaan atau bilangan pekerja yang layak melalui sistem. Kegagalan majikan tidak melaporkan perubahan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Sekiranya berlaku perubahan (pengurangan atau penambahan) pada senarai nama pekerja, majikan hendaklah mengemukakan perubahan tersebut selewat–lewatnya pada 15 hari bulan pada bulan berkenaan.
- Permohonan yang mengandungi maklumat yang tidak tepat seperti bilangan pekerja tempatan tidak sama dengan maklumat majikan di PERKESO (Portal ASSIST) atau permohonan yang mengandungi senarai pekerja asing, permohonan tersebut akan dikuiri untuk tindakan selanjutnya. Sehubungan dengan itu, majikan hendaklah mengisi maklumat pekerja tempatan dengan tepat bagi mengelakkan kelewatan pemprosesan permohonan tersebut.
Rujukan: FAQ_PSU_ver3
Cheng & Co is the leading home-grown International Accounting Firm provide one-stop professional centre with innovative solutions for excellence. Our team is specialized in providing insightful advice to assist your company to get through the business difficulties.
If you have further query, please do not hesitate to contact us via enquiry@chengco.com.my or WhatsApp to +60127017918
The contact details of Cheng & Co Regional office personnel are as follows: or
- Northern Region (Perlis, Kedah, Penang, Perak) Mr. Albert Tan (kmtan@chengco.com.my)
- Central Region (Kuala Lumpur, Selangor) Mr. Sam Kong (tskong@chengco.com.my)
- Southern Region (Negeri Sembilan, Melaka, Johor) Mr. Aaron Heng (koheng@chengco.com.my) and Ms Moon Gan (jygan@chengco.com.my)
Read more:
RM35 Bilion Pelan Jana Semula Ekonomi Negara/ PENJANA Versi Bahasa Melayu
Disclaimer clause:
The information provided by CHENG & CO (“we,” “us” or “our”) on www.chengco.com.my (the “Site”) [and our mobile application] is for general informational purposes only. All information on the Site [and our mobile application] is provided in good faith, however we make no representation or warranty of any kind, express or implied, regarding the accuracy, adequacy, validity, reliability, availability or completeness of any information on the Site [or our mobile application].