Share to your colleagues and friends:
RM35 PELAN JANA SEMULA EKONOMI PENJANA 5 JUN 2020 BM

INTIPATI UTAMA

Teras 1 – Memperkasa Rakyat

(Sumber: https://www.facebook.com/bernamaofficial/photos/pcb.10158619379445555/10158619379395555/?type=3&theater)

Program Subsidi Upah
  • Dilanjutkan 3 bulan
  • Permohonan dibuka kepada sector pelancongan, perniagaan aktiviti dalam senarai terlarang serta bercuti tanpa gaji
Penambahbaikan Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara Di Bawah PERKESO
  •   —
Insentif RM600 – RM1000
  • Selama 6 bulan kepada majikan yang memberi pekerjaan kepada penganggur dan pelatih industri
Peruntukan RM2 Bilion
  • Program peningkatan kemahiran tenaga kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran penganggur
Geran Padanan
  • Bagi caruman KWSP dan PERKESO
Latihan GIG Ekonomi
  • Serta bimbingan program GLOW untuk pekerja gig ekonomi
Pengecualian Cukai Sehingga RM5000
  • Bagi pekerja yang menerima peralatan ICT dari majikan untuk bekerja dari rumah
Pelepasan Khas Cukai Sehingga RM2500
  • Untuk pembelian peralatan ICT persendirian
Bantuan Kewangan Dan Pelepasan Cukai
  • Kepada ibu bapa bekerja bagi perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak
Geran Sehingga RM5000 Bagi Pengendali Taska
  • Bagi pengendali taska berdaftar di bawah KPWKM
MY30
  • Pas perjalanan bulanan tanpa had bernilai RM30 sebulan selama 6 bulan bagi mengurangkan kos pengangkutan harian rakyat
Bantuan Tunai Secara One-Off Sebanyak RM300
  • Kepada ibu tunggal, OKU dan sukarelawan Program Khidmat Bantu di Rumah dan geran kepada NGO terpilih
Peruntukan RM50 Juta
  • Untuk Skim Kesihatan PEKA B40
Internet Percuma Sehingga 1GB
  • Dari 8 pagi – 6 petang serta akses percuma tanpa had untuk laman & aplikasi COVID-19 seliaan kerajaan

 

Teras 2 – Melonjakkan Perniagaan

(Sumber: https://www.facebook.com/bernamaofficial/photos/pcb.10158618272910555/10158618272545555/?type=3&theater)

Menggalakkan Perusahaan Mikro & Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Dalam E-dagang
  • Bantuan Latihan subsidi & sokongan jualan oleh penyedia platform
Program “Shop Malaysia Online”
  • Menggalakkan perbelanjaan dalam talian melalui kod promosi & baucar diskaun
Bantuan Geran & Pinjaman RM700 Juta
  • Pendigitalan operasi bagi PKS & syarikat pertengahan
Pusat Sehenti MyAssist MSME
  • Menyokong pertumbuhan perusahaan mikra & PKS
RM2 Bilion Dana Pembiayaan PKS PENJANA
  • Menyokong operasi perniagaan
RM1 Bilion Pembiayaan Pelancongan PENJANA
  • Menyokong PKS pelancongan beroperasi dalam norma baharu
RM400 Juta Dana Pembiayaan Mikrokredit PENJANA Oleh TEKUN & Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • RM50 juta khusus untuk wanita
RM500 Juta Dana Pembiayaan Mudah
  • Melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) & Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi syarikat bumiputera terjejas
Bantuan Aliran Tunai Pembiayaan SME Bank
  • Untuk kontraktor kelas G2 & G3
Syarikat Berkaitan kerajaan (GLC) & Syarikat Besar
  • Digalakkan mempercepat proses bayaran kepada PKS
Melanjutkan Tempoh & Memperluas Skop Potongan Cukai
  • Bagi perbelanjaan berkaitan pencegahan COVID-19
Mengurangkan Beban Kewangan Syarikat
  • Melalui remisi penalty kepada syarikat yang lewat membuat pembayaran cukai jualan & perkhidmatan
Pelanjutan Pelbagai Potongan Cukai & Elaun Modal
  • Dipercepatkan
RM10 Juta Geran Padanan
  • Menggalakkan aktiviti perusahaan sosial
Rebat Cukai Sehingga RM20 Ribu Setahun & Pengecualian Duti Setem
  • Kepada PKS bagi aktiviti percantuman & pemerolehan

 

Teras 3 – Merangsang Ekonomi

(Sumber: https://www.facebook.com/bernamaofficial/photos/pcb.10158616962995555/10158616962690555/?type=3&theater)

Dana PENJANA Nasional RM600 Juta
  • Memacu pendigitalan perniagaan & inovasi
Mewujudkan National Technology & Innovation Sandbox
  • Dengan peruntukan RM100 juta
Penambahbaikan Pendigitalan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan
  •  —
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia
  • Di platform digital tempatan
e-PENJANA
  • Kredit e-dompet RM50 yang dipadankan sama dengan baucar diskaun & cashback bagi pembelian fizikal
Pengecualian duti setem
  • Kempen Pemilikan Rumah
Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah
  • Bagi individu hingga 2021
Meningkatkan Had Pembiayaan
  • Bagi pemilikan hartanah ketiga bernilai lebih RM600 ribu
100% Pengecualian Cukai Jualan
  • Bagi kereta penumping pemasangan tempatan
50% Pengecualian Cukai Jualan
  • Bagi kereta import
Pelanjutkan Waktu Perkhidmatan Sektor Awam
  • Dengan melanjutkan operasi UTC
Promosi Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan
  • Melalui insentif seperti pengecualian cukai sepenuhnya sehingga 15 tahun
Pengecualian Cukai & Pelanjutan Langkah Cukai
  • Untuk industri pelancongan
Bantuan RM225 Juta
  • Untuk sector seni, budaya & hiburan, pameran & acara
Kerjasama Dengan Sektor Swasta
  • Bagi sokongan pemasaran & kandungan digital
RM350 Juta
  • Bagi Skim Pembiayaan Mikro Agromakanan
Menggalakkan Pertanian
  • Pertanian bandar
Pengecualian Duti Eksport 100%
  • Ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah & minyak isirong sawit proses dari 1 Julai – 31 Dis, 2020
Menggubal Rang Undang-Undang COVID-19
  • Bagi pelepasan sementara obligasi kontrak & mengelakkan insiden kebankrapan
Terbitan Sukuk PRIHATIN
  • Bagi membiayai program pembangunan terpilih

 

Teras 1

Table of Contents

1.1 Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel

Bagi menggalakkan amalan pekerjaan selaras dengan norma baharu iaitu pengaturan kerja dari rumah, Kerajaan akan memberi insentif percukaian seperti berikut:

  • Potongan Cukai Tambahan Bagi Majikan Melaksanakan Pengaturan Kerja Fleksibel

    • Galakan potongan cukai tambahan akan diberikan ke atas perbelanjaan yang layak kepada majikan yang melaksanakan atau membuat penambahbaikan pengaturan kerja fleksibel sedia ada (mulai 1 Julai 2020)
    • Dengan pertambahan rakyat Malaysia yang bekerja dari rumah, PERKESO akan melindungi:
      • Pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan pekerjaan di rumah bawah Skim Bencana Kerja

(Sumber: https://t.me/mofpenjana [booklet])

  • Pelepasan Khas Cukai RM 2,500 Belian Peralatan Ict Persendirian

    • Pelepasan khas cukai pendapatan sehingga RM2,500 akan diberikan ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet (mulai 1 Jun 2020)
  • Pengecualian Cukai Sehingga RM 5,000 Bagi Pekerja Menerima Peralatan Ict Dari Majikan

    • Pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, tablet, komputer riba, dan tablet daripada majikan (mulai 1 Julai 2020)

1.2 Program Subsidi Upah (Pertengahan Jun – Akhir Sept 2020)

  • Penambahbaikan Program SubsidiUpah (Dilanjutkan 3 Bulan & Kebenaran Pengurangan Gaji Maksimum 30%)

    • Lanjutan 3 bulan
    • Membenarkan majikan untuk melaksanakan pengurangan waktu bekerja mingguan (contoh: bekerja 4 hari dalam seminggu) dan pengurangan gaji sehingga maksimum 30% dengan persetujuan pekerja.
  • Penambahbaikan Program Subsidi Upah (Pekerja Cuti Tanpa Gaji Bagi Sektor Pelancongan & Sektor Aktiviti Dilarang Beroperasi Dalam Tempoh PKPB)

    • Memberi kelonggaran kepada majikan untuk membenarkan pekerja menerima subsidi upah secara langsung bagi mereka yang telah mengambil cuti tanpa gaji, dengan syarat pekerja tersebut menerima subsidi upah secara langsung (bagi sektor pelancongan dan sektor yang tersenarai dalam aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh PKPB)

1.3 Insentif Pengambilan Pekerja

Kerajaan akan memperkenalkan insentif bagi menggalakkan pengambilan pekerja dijangka bermula pertengahan Jun hingga akhir Disember 2020, seperti berikut:

  • Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Bantuan Latihan

    • Golongan belia:
      • Program perantis bagi graduan dan lepasan sekolah dengan pemberian elaun latihan sebanyak RM600 sebulan selama 6 bulan
    • Golongan penganggur:
      • Bawah umur 40 tahun: Insentif bagi menggaji golongan penganggur dengan elaun sebanyak RM800 sebulan selama 6 bulan
      • Umur 40 tahun dan ke atas: Insentif bagi menggaji golongan yang menganggur dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan elaun sebanyak RM1,000 sebulan selama 6 bulan
      • Elaun latihan sebanyak RM4,000 akan diberikan bagi mereka yang hilang pekerjaan dan bukan pencarum di bawah Skim Insuran Pekerjaan
  • Program Kemahiran & Peningkatan Kemahiran Dan Bantuan Latihan – Jun Hingga Disember 2020

    • Dana sebanyak RM2 bilion akan diperuntukkan bagi melaksanakan program latihan dan peningkatan kemahiran bagi golongan belia dan penganggur.
    • Bagi meningkatkan kebolehpasaran belia, Kerajaan akan melaksanakan program seperti berikut:
      • Menyediakan dana padanan sehingga RM250 juta untuk membiayai program latihan dan penempatan di samping lain-lain program peningkatan kemahiran dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)
      • Mengoptimumkan penggunaan institusi latihan kemahiran awam seperti MARA, kolej komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara dan institut latihan perindustrian di seluruh negara
      • Menyokong Program Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) seperti program Perantis Siswazah Pasaran Modal, Skim Latihan Siswazah Pasaran Modal Islam dan subsidi latihan sehingga RM3,500 bagi tempoh 6 bulan

1.4 Subsidi Penjagaan Anak

Bagi memudahkan peralihan kepada norma baharu iaitu bekerja dari rumah, Kerajaan akan membantu ibu bapa melalui subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak, manakala insentif untuk menggalakkan pusat asuhan kanak-kanak mengamalkan norma baharu dan pengiktarafan premis, adalah seperti berikut:

  • Bantuan Kewangan & Pelepasan Cukai (Keatas Perbelanjaan Perkhidmatan Penjagaan Anak Oleh Ibu Bapa – Jun 2020)

    • Pemberian eBaucarbernilai RM800 untuk mendapatkan perkhidmatan pengasuh mobil. eBaucar boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020.
    • Menaikkan had pelepasan cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada pusat asuhan dan taman didikan kanak-kanak daripada RM2,000 kepada RM3,000 bagi tahun taksiran 2020 dan 2021.
  • Geran Sehingga Rm 5,000 Kepada Pengendali Taska (Berdaftar Dengan KPWKM)

    • Geran secara one-off sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu
    • Insentif untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal di bawah KPWKM

1.5 Lain-lain

Berikut adalah lain-lain pelan bagi memperkasa rakyat:

  • Menaiktaraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara

    • Menambah baik Perkhidmatan Pekerjaan Kebangsaan di bawah PERKESO seperti berikut:
      • Memperkukuh portal pekerjaan dan padanan kerja
      • Kerjasama dengan portal pekerjaan swasta untuk padanan kerja
  • Geran Padanan Bagi Caruman KWSP & PERKESO (Dibawah Program Glow – Bermula Ogos 2020)

    • Bagi menjamin keselamatan sosial dan kebajikan golongan pekerja ekonomi gig, Kerajaan akan memperkenalkan langkah berikut:
      • Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig, untuk pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan di bawah KWSP dengan sumbangan caruman sehingga masing-masing RM162 dan RM250
      • MDEC akan diperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW). Program ini bertujuan untuk memperkasakan dan membimbing rakyat Malaysia sebagai pekerja digital bertaraf global bagi menjana pendapatan dalam talian
  • Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had MY30 (LRT, MRT, Monorel, BRT, Bas Rapidkl Di Lembah Klang – Jun  Hingga Disember 2020)

    • Bagi menggalakkan mobiliti dan mengurangkan beban kos pengangkutan, Kerajaan akan:
      • Memperkenalkan pas perjalanan bulanan tanpa had pada kadar RM30 sebulan bagi penggunaan perkhidmatan rel (MRT, LRT, Monorel), BRT, bas RapidKL dan bas pengantara MRT di lembah Klang selama 6 bulan
  • Bantuan Tunai One-off RM300 (Kepada Ibu Tunggal, Oku & Sukarelawan Program Khidmat Bantu Di Rumah)

Bantuan sosial akan diberikan kepada golongan mudah terjejas seperti berikut:

    • Bantuan kewangan one-off bernilai RM300 bagi:
      • 190,000 OKU berdaftar;
      • 150,000 ibu tunggal (berpendapatan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan) yang berdaftar dengan KPWKM (pendaftaran baharu dibuka sehingga bulan Disember 2020)
    • Geran kepada NGO berkaitan yang membantu kumpulan mudah terjejas
    • GLC PENJANA Komuniti di mana GLC digalakkan terlibat secara langsung dengan komuniti setempat dan melaksanakan projek pembangunan sosio-ekonomi bersama komuniti
  • Skim Kesihatan Peka B40

    • Kerajaan akan menggandakan peruntukan peruntukan sedia ada program PEKA B40 kepada RM100 juta untuk membiayai 4 kemudahan kesihatan kepada golongan B40 seperti berikut:
      • Saringan kesihatan
      • Bantuan alat perubatan
      • Insentif rawatan kanser
      • Insentif tambang pengangkutan bagi kesihatan
  • Internet Percuma 1GB (Bagi Tujuan Pendidikan, Berita & Persidangan Video)

    • Untuk memudahkan peralihan kepada norma baharu dalam pembelajaran dan pekerjaan, sokongan akan disediakan untuk meningkatkan penyambungan internet seperti berikut:
      • 1GB percuma setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang untuk melayari laman web berkaitan pendidikan, produktiviti (aplikasi persidangan video) dan berita oleh syarikat telekomunikasi yang terlibat
      • Penggunaan percuma tanpa had bagi aplikasi COVID-19 Kerajaan dan akses kepada laman web Kementerian Kesihatan dan lain-lain kementerian

(Sumber: https://www.facebook.com/tzafrulaziz/photos/pcb.145295910453497/145301940452894/?type=3&theater)

Teras 2

2.1 Kempen E-Dagang Kepada PKS (Jun – September 2020)

  • PKS dan PKS mikro akan digalakkan beralih kepada digitalisasi perniagaan melalui program yang dibiayai bersama di antara kerajaan dan platform e-dagang. Platform e-dagang yang terlibat akan menyediakan kemudahan berikut kepada perusahaan yang layak:
    • Latihan onboarding
    • Subsidi jualan
    • Khidmat sokongan jualan Pembekal makanan segar seperti petani dan nelayan turut digalakkan menyertai kempen ini.

2.2 “Shop Malaysia Online(Bagi Penggunaan Dalam Talian)

  • Kerajaan akan bekerjasama dengan penyedia platform e-dagang untuk membiayai bersama diskaun e-baucar bagi menggalakkan pembelian (dalam talian) produk peruncit tempatan

2.3 Penggunaan Sistem Teknikal Dan Digital Bagi Pks & Syarikat Di Peringkat Pertengahan [MTC]

Kerajaan akan terus memperuntukkan geran dan pinjaman kepada pengusaha yang layak untuk mengamal atau melanggan perkhidmatan digitalisasi melalui program berikut :

  • Pendigitalisasi PKS & Syarikat Peringkat Pertengahan (Bermula Jun 2020)

    • Geran Padanan Pendigitalan PKS berjumlah RM100 juta dengan kerjasama syarikat telekomunikasi
    • Pinjaman dari SME Technology Transformation Fund yang berjumlah RM500 juta (permohonan dibuka dari Julai 2020)
    • Geran Automasi Pintar berjumlah RM100 juta, terhad kepada RM1 juta untuk setiap syarikat
  • Pusat Sehenti MyAssist SME (Bermula Jun 2020)

    • Sebuah platform sehenti yang menyediakan bimbingan perniagaan dalam talian untuk PKS akan diwujudkan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan akses kepada SMEHub yang sedia ada.
    • Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah bimbingan untuk:
      • Kemudahan pembiayaan
      • Kemudahan perdagangan
      • Penjenamaan dan promosi
      • Sokongan teknologi
      • Perundangan
  • Pembiayaan PKS PENJANA (Dana RM2 Bilion – Pertengahan Jun 2020)

    • Sektor perbankan akan menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion pada kadar konsesi 3.5% untuk membantu PKS yang terkesan daripada COVID-19.
    • Had maksimum pembiayaan ini adalah sehingga RM500,000 bagi setiap PKS. Bank perlu memberi keutamaan kepada PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank tersebut.
  • Pembiayaan Pelancongan PENJANA (Dana Rm 1 Bilion Untuk Pks Pelancongan)

    • Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk sektor pelancongan seperti berikut:
      • Pembiayaan bernilai RM1 bilion akan disediakan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS dalam sektor pelancongan agar terus berdaya maju dan berdaya saing dalam era norma baharu.
      • Perincian dana ini akan diumumkan pada bulan Julai 2020
  • RM400 JUTA Dana Pembiayaan Mikrokredit PENJANA (Bermula Jun 2020)

    • Sokongan pembiayaan khas untuk PKS dan PKS mikro melalui:
      • Program pembiayaan baru untuk PKS dan PKS mikro dengan kadar 3.5%
      • Setiap perusahaan layak memohon pinjaman maksimum sehingga RM50,000
      • RM50 juta dikhususkan untuk usahawan wanita
  • Pembiayaan Mudah Syarikat Bumiputera (Dana RM500 Juta)

    • PUNB akan memberikan Pembiayaan Mudah Bumiputera berjumlah RM200 juta khas untuk perniagaan milik Bumiputera dalam bentuk:
      • Modal kerja
      • Perbelanjaan operasi
      • Automasi system
      • Peralatan dan perbelanjaan untuk melaksanakan amalan penjarakan sosial seperti alat perlindungan diri
      • Kemudahan pembiayaan sebanyak RM 100,000 – RM 1 juta bagi tempoh sehingga 5 tahun pada kadar faedah 3.5% setahun. Moratorium sehingga 6 bulan dari tarikh pengeluaran.
    • Melalui MARA, Kerajaan juga akan memperuntukkan:
      • Pinjaman modal kerja berjumlah RM300 juta untuk membantu usahawan Bumiputera yang terjejas termasuk kolej latihan.
      • Maksimum jumlah pinjaman adalah RM1 juta dengan kadar faedah 3.5% setahun
  • Skim SME-Go Bagi Membantu Aliran Tunai Kontraktor G2 & G3 – Bermula Jul 2020

    • SME Bank akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada kontraktor dan vendor yang dianugerahkan projek-projek kecil kerajaan (nilai keseluruhan sebanyak RM 4 bilion) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020 dan pakej rangsangan PRIHATIN.
      • Skim ini akan memberi manfaat kepada 16,000 kontraktor kelas G2 dan G3
      • Tiada deposit atau cagaran
      • SME Bank akan membayar terus kepada kontraktor dan vendor berdasarkan penyampaian bukti invois / tuntutan
  • Mempercepat Pembayaran Untuk Rangkaian Bekalan GLC Dan Syarikat Korporat (Bermula Julai 2020)

    • Bagi meringankan beban aliran tunai PKS, Kerajaan menyeru syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan korporat supaya mempercepatkan proses bayaran. Beberapa GLC dan syarikat korporat telahpun memberi komitmen untuk mempercepatkan bayaran kepada vendor mereka:
      • Axiata dan TM memendekkan tempoh bayaran kepada vendor mereka dari 45 hari kepada 14 hari
      • TNB memproses bayaran dalam tempoh 7 hari
      • PETRONAS melancarkan Program Pembiayaan Vendor dengan kerjasama sembilan buah bank untuk mengurangkan tempoh verikasi dan pengesahan bayaran. PETRONAS turut mengambil langkah yang bersesuaian bagi membantu alir tunai vendor mereka kekal utuh.
  • Potongan Cukai Untuk Perbelanjaan Berkaitan Covid-19

    • Melanjutkan tempoh dan meluaskan skop perbelanjaan yang layak untuk potongan cukai atau elaun modal bagi mencegah COVID-19 iaitu:
      • Kos ujian saringan COVID-19
      • Perbelanjaan bagi PPE dan pengimbas suhu
  • Remisi Penalti Lewat Bayar Cukai Lanjutan Potongan Cukai & Elaun Modal Dipercepatkan (Bermula Mac 2020)

    • Bagi meringankan beban kewangan perniagaan melalui:
      • Pemberian remisi penalti sebanyak 50% kepada syarikat atau pengilang berdaftar yang lewat membuat pembayaran cukai jualan atau cukai perkhidmatan bermula 1 Julai 2020 – 30 September 2020
      • Pelanjutan pemberian potongan cukai khas untuk perbelanjaan pengubahsuaian dan pembaharuan premis perniagaan yang layak sehingga 31 Disember 2021
      • Pelanjutan elaun bagi modal dipercepatkan bagi perbelanjaan ke atas mesin dan peralatan termasuk peralatan ICT hingga 31 Disember 2021
      • Pelanjutan potongan cukai khas bersamaan 30% bagi pengurangan sewa premis perniagaan sehingga 30 September 2020.
  • Geran Padanan Kepada Perusahaan Sosial (Bermula Ogos 2020)

    • Bagi menggalak dan mengekalkan peranan daripada perusahaan sosial, Kerajaan akan menyediakan geran padanan melalui Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) berjumlah RM10juta kepada perusahaan sosial yang berjaya mengumpul sumbangan untuk melaksanakan projek sosial bagi menangani isu yang dihadapi oleh komuniti melalui kaedah yang inovatif.
  • Aktiviti Percantuman & Pemerolehan [M&A] Oleh PKS (Rebat Cukai RM20 Ribu)

    • Bagi melonjakkan penubuhan entiti baharu ini, bantuan kewangan disediakan dalam bentuk :
      • Rebat cukai sehingga RM20 ribu setahun selama tiga tahun taksiran untuk menggalakkan penubuhan PKS baharu
      • Pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan percantuman dan pemerolehan (M&A) bagi transaksi yang disempurnakan antara 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021

*Tertakluk kepada Pewartaan Peraturan Cukai Pendapatan.

(Sumber: https://www.facebook.com/tzafrulaziz/photos/pcb.145297717119983/145375770445511/?type=3&theater)

Teras 3

3.1 Dana PENJANA Nasional (Mulai Julai 2020)

  • Bagi memacu pemulihan ekonomi negara melalui proses digitalisasi perniagaan, Kerajaan akan menubuhkan Dana Penjana Nasional dengan peruntukan RM600 juta untuk memupuk inovasi dan mengembangkan bakat modal teroka tempatan.
  • Dana ini akan dipadankan dengan nilai yang sama oleh pelabur domestik dan antarabangsa.
  • Antara pelabur antarabangsa yang akan turut serta termasuklah SK Group, Hanwha Asset Management, KB Investment Co. Ltd, Provident Growth, 500 Startups dan The Hive.

3.2 National Technology & Innovation Sandbox(Mulai Jun 2020)

  • National Technology and Innovation Sandbox akan diwujudkan bertujuan untuk:
    • menerajui ciptaan penyelesaian teknologi baru
    • melaksananakan kelonggaran peraturan untuk menguji cuba teknologi baharu (seperti penghantaran melalui dron dan kenderaan pandu sendiri)

3.3 PenambahbaikanSistemPenyampaianPerkhidmatan Kerajaan(Mulai Jun 2020)

  • Merancakkan pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan untuk mengurangkan transaksi secara fizikal. Antara lain, langkah-langkah ini termasuk:
    • Taksiran dan bayaran duti setem
    • Wang Tidak Dituntut
    • Temuduga dalam talian untuk mendapatkan biasiswa kerajaan
    • Hackathon untuk mengumpulkan idea penyelesaian bagi pendigitalan masa depan

3.4 Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (Mulai Jun 2020)

  • Menggalakkan penggunaan barangan dan perkhidmatan tempatan melalui:
    • KempenBeli Malaysia” oleh Kerajaan dan agensi berkaitan
    • Mewajibkan penandaan barang buatan tempatan bagi rangkaian pasaraya
    • Mewujudkan saluran khusus untuk produk Malaysia di platform e-dagang utama

3.5 Kredit e-Dompet RM50 Dibawah e-PENJANA (Julai – September 2020 )

  • Memupuk penggunaan e-dompet di kalangan rakyat Malaysia melalui:
    • Kredit e-dompet bernilai RM50
    • Tawaran tambahan oleh pembekal perkhidmatan e-dompet sebanyak RM50 melalui baucar discount dan kredit tambahan melalui cashback
    • Kredit hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal di kedai dan bukan perkhidmatan dalam talian
  • Manfaat ini boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun

3.6 Insentif Bagi Sektor Hartanah

Insentif cukai bagi pembelian harta tanah untuk merancakkan pasaran hartanah melalui pengecualian cukai kepada pembeli rumah adalah seperti berikut:

  • Kempen Pemilikan Rumah (1 Jun 2020 – 31 Mei 2021)

    • Kempen Pemilikan Rumah (HOC) akan diperkenalkan semula:
      • Pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai melebihi RM300,000 hingga RM2.5 juta terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut.
      • Pengecualian ini akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10% oleh pihak pemaju.
  • Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) (1 Jun – 31 Disember 2020)

    • Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.
    • Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga (3) unit rumah kediaman sahaja
  • Peningkatan Had Pembiayaan Pinjaman Rumah Ke-3 (1 Jun – 31 Disember 2020)

    • Had pembiayaan bagi pinjaman untuk pembelian rumah yang ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas, tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah, semasa tempoh Program HOC, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.

3.7 Insentif Cukai Bagi Pembelian Kereta

  • Insentif Cukai Untuk Pembelian Kereta (Pertengahan Jun – Akhir Disember 2020)

Bagi merancakkan semula industri automotif negara serta mengurangkan beban kewangan, Kerajaan akan memberi pengecualian cukai:

Jenis Kereta Penumpang Pengecualian Cukai Jualan 10%
Pemasangan Tempatan 100%
Import 50%

3.8 Lain-lain

  • Pelanjutan Waktu Perkhidmatan Dalam Norma Baharu (Pertengahan Jun 2020)

    • Menggalakkan peralihan waktu bekerja 9 pagi hingga 5 petang ke arah pelanjutan waktu bekerja baharu secara syif melalui:
      • Kerajaan akan menerajui pelanjutan waktu operasi baharu untuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Klinik Kesihatan. Ini akan melibatkan 5 agensi utama yang beroperasi di 22 UTC.
        • Waktu operasi UTC adalah seperti berikut:
          • Semenanjung: Hari bekerja: 8 pagi – 9 malam. Hujung minggu: 8 pagi – 5 petang.
          • Sabah/ Sarawak: Hari bekerja: 8 pagi – 5 petang. Hujung minggu: 10 pagi – 7 malam.
    • Agensi Kerajaan lain yang menyediakan perkhidmatan melalui kaunter untuk orang awam dan perniagaan turut digalakkan untuk melanjutkan waktu operasi mereka.
  • Malaysia Destinasi Pelaburan Langsung Asing (Julai 2020 – Disember 2021)

    • Insentif cukai bagi syarikat asing yang memindah operasinya di Malaysia:
      • Kadar cukai 0% selama 10 tahun bagi syarikat yang membuat pelaburan harta tetap sebanyak RM300 juta hingga RM500 juta.
      • Kadar cukai 0% selama 15 tahun bagi syarikat yang membuat pelaburan harta tetap sebanyak RM500 juta ke atas.
      • Syarikat sedia ada di Malaysia yang membawa segmen atau aktiviti baharu ke Malaysia, layak mendapat galakan elaun cukai pelaburan sebanyak 100% bagi tempoh 3 tahun.
      • Galakan Elaun Pelaburan Semula Khas (EPS Khas) diberi kepada aktiviti pembuatan dan pertanian mulai tahun taksiran 2020 hingga tahun taksiran 2021.
      • Perbelanjaan operasi tambahan kepada MIDA untuk melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran.
      • Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) akan ditubuhkan di MIDA bagi mempercepatkan pelaksanaan serta penyelarasan projek.
      • Penambahbaikan Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF).
      • Mempercepatkan kelulusan lesen pengilangan untuk industri yang tidak sensitif dalam masa 2 hari bekerja
  • Pengecualian Cukai Pelancongan & Lanjutan Langkah Cukai Lain (Mulai Julai 2020)

    • Insentif cukai bagi sektor pelancongan:
      • Pengecualian cukai pelancongan mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021
      • Lanjutan pengecualian cukai perkhidmatan untuk hotel sehingga 30 Jun 2021
      • Lanjutan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong dalam negara sehingga 31 Disember 2021
      • Lanjutan penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai (CP204) sehingga 31 Disember 2020.
  • Insentif Sektor Seni, Budaya, Hiburan, Pameran & Acara (Mulai Jun 2020)

    • Dana khas dan sokongan kepada sektor seni, budaya, hiburan, acara dan pameran seperti berikut:
      • RM100 juta pinjaman mudah dengan faedah 3.5% dan RM30 juta geran untuk industri kreatif, acara dan pameran di bawah MyCreative Venture dan RM10 juta adalah di bawah CENDANA
      • Pulangan nilai pemasaran digital sebanyak RM50 juta diperoleh dari RM10 juta bagi Geran Pemasaran Digital dan Promosi di bawah MyCreative Ventures dengan siling sebanyak RM5,000 bagi setiap acara. Ini akan memanfaatkan 2,000 acara, pameran dan produksi
      • RM35 juta Dana Kandungan Digital melalui MDEC untuk membiayai projek sektor kreatif yang akan memberi fokus kepada inisiatif animasi dan visual
      • Membantu industri kreatif untuk mengamalkan norma baharu dengan menggalakkan kerjasama sektor awam dan swasta untuk menyediakan latihan bagi kaedah pengedaran digital, pembangunan model perniagaan baharu dan kesalinghubungan
  • Skim Pembiayaan Mikro Agromakanan (Mulai Jun 2020)

    • Bantuan khusus bagi sektor pertanian dan makanan seperti berikut:
      • Skim Pembiayaan Mikrokredit di bawah Agrobank bagi usahawan agro (termasuk usahawan industri komoditi) bernilai RM350 juta dengan kadar faedah 3.5%
        • Nilai pinjaman maksimum: RM50,000 untuk setiap usahawan
        • Tempoh pinjaman: sehingga 5 tahun
      • Insentif untuk memudahcara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi peluang dalam pertanian dan perladangan
      • Memberi sumbangan in-kind bagi menyokong pertanian bandar (seperti benih, baja, infrastruktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan) bernilai RM500 bagi penerima individu dan RM50,000 bagi setiap komuniti
  • Pengecualian Duti Eksport 100% (1 Julai – Disember 2020)

    • Membantu sektor komoditi melalui pengecualian duti export sebanyak 100% bermula 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2020 bagi:
      • Minyak sawit mentah
      • Minyak sawit kernel mentah
      • Refined Bleached Deodorized Palm Kernel Oil
  • Rang Undang-Undang [RUU] Covid-19 (Dibentang & Dibahas Dalam Sidang Parlimen Julai 2020)

    • Mengurangkan impak negatif ke atas aktiviti ekonomi akibat pelanggaran terma kontrak dan penguatkuasaan tindakan insolvensi terhadap golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan PKP.
    • Menggubal Rang Undang-Undang Langkah Sementara COVID-19 untuk meminimakan gangguan terhadap kesejahteraan sosial dan ekonomi:
      • Langkah perundangan sementara untuk meminimakan impak pandemik
      • Dirangka untuk menyediakan ruang yang secukupnya agar perniagaan dapat memulihkan operasi mereka. Rang Undang-Undang ini akan menawarkan pelepasan daripada tindakan syarat kontrak dan beban kewangan ke arah usaha pemulihan ekonomi
  • Terbitan Sukuk Prihatin (Suku Ketiga 2020)

    • Memberi peluang kepada rakyat untuk turut terlibat dalam langkah pemulihan ekonomi, Kementerian Kewangan akan menerbitkan Sukuk PRIHATIN dengan butiran berikut:
      • Dijadualkan untuk terbitan pada suku ketiga, 2020, dengan proses langganan atas talian sepenuhnya
      • Dana yang terkumpul akan disalurkan untuk inisiatif pembangunan terpilih termasuk membantu pembiayaan perniagaan perusahaan mikro (terutmanya usahawan wanita), penambahbaikan liputan internet di sekolah terutamanya di Kawasan luar bandar dan geran penyelidikan bagi penyakit berjangkit

(Sumber: https://www.facebook.com/tzafrulaziz/photos/pcb.145301050452983/145298420453246/?type=3&theater)

WSP form download

Muat turun Versi PDF

RM35 Bilion Pelan Jana Semula Ekonomi Negara PENJANA

Slide67

Slide68

Slide69

Slide70

Slide71

Cheng & Co is the leading home-grown International Accounting Firm provide one-stop professional centre with innovative solutions for excellence. Our team is specialized in providing insightful advice to assist your company to get through the business difficulties.

If you have further query, please do not hesitate to contact us via enquiry@chengco.com.my or WhatsApp to +60127017918

 

Read more:

Key Highlights related to PENJANA/ National Economic Recovery Plan

COVID 19 Stimulus Package

 

Disclaimer clause:
The information provided by CHENG & CO (“we,” “us” or “our”) on www.chengco.com.my (the “Site”) [and our mobile application] is for general informational purposes only. All information on the Site [and our mobile application] is provided in good faith, however we make no representation or warranty of any kind, express or implied, regarding the accuracy, adequacy, validity, reliability, availability or completeness of any information on the Site [or our mobile application].

Share to your colleagues and friends: