fbpx

Banyak syarikat yang tidak mengetahui akan kewujudan CP58, tak memahami cara penyediaan CP58 malah tidak mengetahui fungsi CP58. Oleh itu, kami akan menyelesaikan masalah dan rayuan kamu dengan artikel ini.

1. Apakah itu Borang CP58?

Mengikut Seksyen 83A (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), perenggan ini mengenakan tanggungjawab serta tugas syarikat untuk menyediakan borang CP58 bagi mana-mana insentif pembayaran tunai/bukan tunai kepada ejen, peniaga serta pengedar syarikat itu.

  • Insentif tunai adalah ganjaran tunai yang termasuklah elaun, komisyen atau bonus dan pembayaran penuh perlulah diisytiharkan dalam borang CP58.
  • Insentif bukan tunai pula termasuklah pakej pelancongan, tiket penginapan, kenderaan, rumah, baucer dsb dan sepertimana insentif tunai, ia mestilah dilaporkan dalam borang CP58.

2. Siapa yang perlu menyediakan CP58?

  • Syarikat pembayar yang memberikan insentif tunai/bukan tunai kepada ejen, penjual dan pengedar melebihi RM5,000 setahun perlu menyediakan borang CP58 dan menyerahkannya kepada setiap ejen.
  • Adalah amat penting bagi syarikat pembayar untuk menyimpan rekod penyerahan seperti menghantar borang tersebut menggunakan pos berdaftar atau emel untuk memastikan pembayar telah menjalankan tugas mereka bagi diterima oleh pejabat percukaian.
  • Bagi jumlah yang kurang daripada RM5,000; ia akan disediakan jika diminta oleh pihak penerima.
  • Ketentuan ini juga tergunapakai untuk syarikat atau cawangan luar negara yang menjalankan perniagaan mereka di Malaysia tetapi mengecualikan perniagaan individu atau perkongsian.
  • Borang CP58, tidak seperti borang penyediaan cukai lain, tidak diwajibkan untuk diserahkan kepada LHDN yang mengakibatkan banyak syarikat pembayar terlepas pandang mengenai borang CP58 malah tidak mengetahui akan kewujudannya.
  • Namun, jika pejabat percukaian memerlukan butiran informasi berkenaan dengan ganjaran yang dibayar kepada ejen, peniaga serta pengedar, syarikat pembayar perlulah menyediakan kesemua maklumat informasi kepada pejabat percukaian termasuklah ganjaran yang bernilai kurang daripada RM5,000.
  • Borang asal CP58 mestilah disimpan oleh syarikar pembayar bagi tempoh 7 tahun daripada tahun pembayaran kepada ejen, penjual dan pengedar untuk rujukan dan pemeriksaan LHDN dalam pengauditan cukai.
  • Salinan borang itu perlulah diberikan kepada ejen, penjual atau pengedar.

3. Bilakah tarikh akhir penyediaan borang CP58?

  • Borang itu perlulah diberikan kepada ejen, penjual serta pengedar tidak lewat daripada 31 Mac selepas pembayaran insentif itu dilakukan.
  • Mana-mana syarikat pembayar yang gagal dalam penyediaan borang CP58 seperti yang terperuntuk di bawah Seksyen 83A Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah bersalah di bawah kesalahan seksyen 120(1)(b) dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

4. Apa yang dikecualikan daripada CP58?

  1. Diskaun jualan atau diskaun pukal
  2. Pemberian diskaun khas kepada ejen bebas
  3. Item promosi atau hadiah yang tidak tercatat dalam kontrak dengan ejen
  4. Pembayaran subkontrak
  5. Insentif kepada orang awam atau pelanggan sebagai jemputan terbuka untuk memperkenal pelanggan baru; fi pengenalan
  6. Item percuma yang tidak berasaskan prestasi seperti payung, pen, buku nota
  7. Rebat kredit
  8. Perlakuan khas dalam bentuk kadar keutamaan yang diberikan kepada ejen bebas yang membeli dan menjual barang mengikut kehendaknya sendiri.
  9. Yuran pengendalian

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik GP_CP58 or addendum_borang_CP58

Pautan CP58: http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/Borang_CP58_1.pdf

Sumber daripada: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=5&bt_posi=3&bt_unit=7000&bt_sequ=2

 

Cheng & Co is the leading home-grown International Accounting Firm provides the one-stop professional centre with innovative solutions for excellence. Our team is specialized in providing insightful advice to assist your company to get through the business difficulties.

If you have further query, please do not hesitate to contact us via enquiry@chengco.com.my or WhatsApp to +60127017918

The contact details of Cheng & Co-Regional office personnel are as follows: or

 

Disclaimer clause:
The information provided by CHENG & CO (“we,” “us” or “our”) on www.chengco.com.my (the “Site”) [and our mobile application] is for general informational purposes only. All information on the Site [and our mobile application] is provided in good faith; however, we make no representation or warranty of any kind, express or implied, regarding the accuracy, adequacy, validity, reliability, availability or completeness of any information on the Site [or our mobile application].

Share This