Share to your colleagues and friends:

Berikutnya adalah isi-isi penting untuk PenjanaKerjaya:

Table of Contents

1. Apakah insentif di bawah PenjanaKerjaya?

PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut:

a. MyApprentice

  • Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan.

b. HireMalaysia – Terdapat tiga kategori:

  • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
  • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan
  • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to Work PERKESO.

*Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada tarikh lahir semasa permohonan

c. Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance)

  • Bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;

d. Program Latihan

  • Menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

2. Siapakah yang LAYAK memohon PenjanaKerjaya?

  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020; dan
  • Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020.

3. Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon PenjanaKerjaya?

  • Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung; dan
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang  diasingkan  saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).

4. Apakah kategori pekerja yang TIDAK LAYAK mendapat insentif di bawah PenjanaKerjaya?

  • Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak.

 

A. PROGRAM INCENTIVE PENGAMBILAN PEKERJA (HIRING INCENTIVE)

1. Isi-isi penting untuk Program Insentif Pengambilan Pekerja bawah PenjanaKerjaya:

Butiran MyApprentice HireMalaysia
Bawah 40 tahun 40 tahun and keatas OKU
Insentif kewangan RM600 sebulan RM800 sebulan RM1,000 sebulan RM1,000 sebulan
Tempoh insentif 6 bulan 6 bulan 6 bulan 6 bulan
Keutamaan Keutamaan diberi kepada graduan ataupun lepasan sekolah Keutamaan diberi kepada majikan yang menawarkan gaji setara dengan kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja Keutamaan diberi kepada majikan yang menawarkan gaji setara dengan kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja ·Pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan kurang upaya (OKU); dan Peserta program Return to Work (RTW) PERKESO
Syarat
  • Majikan hendaklah mendaftar kekosongan jawatan dalam Portal MYFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my) bermula 15 Jun 2020 atau mana-mana portal pekerjaan yang berdaftar di bawah Akta 246.
  • Majikan yang mengambil pencari kerja yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 2 bulan (kecuali MyApprentice).
  • Bagi tujuan pengesahan penempatan pekerjaan, majikan perlu mendaftarkan kekosongan pekerjaan melalui Portal MYFutureJobs. Pekerja yang diambil dibawah insentif ini juga perlu berdaftar dengan portal ini.
  • Pekerja baru yang telah digajikan di bawah insentif ini hendaklah didaftarkan dan mencarum dengan PERKESO dan SIP di Sistem ASSIST PERKESO.
  • Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dan menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau yang baru di bawah PenjanaKerjaya (Hiring Incentive) dalam tempoh program ini.
  • Majikan hendaklah menawarkan pekerjaan (employment contract) sekurang-kurangnya satu tahun (salinan kontrak tidak perlu dikemukakan kepada PERKESO) kecuali kategori MyApprentice.
  • Pencari kerja tempatan yang belum mencapai umur 60 tahun.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020; dan
  • Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020.
Tarikh kuatkuasa
  • Pengambilan pekerja dan perantis yang dibuat pada atau selepas 15 Jun 2020 adalah layak menerima semua insentif di atas.
Bagaimana memohon?
  • Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftrakan  profil majikan di Portal PenjanaKerjaya melalui laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my ; dan
  • Mulai  1 Julai 2020, majikan boleh membuat pemohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja bagi pekerja yang diambil dibawah insentif ini.
Tarikh tutup permohonan
  • 31 Disember 2020

2. Adakah majikan layak memohon insentif di bawah PenjanaKerjaya bagi pekerja dan perantis yang telah diambil tetapi belum didaftarkan dengan MYFutureJobs?

  • Dengan syarat majikan hendaklah mendaftarkan maklumat kekosongan pekerjaan di Portal MYFutureJobs serta memastikan pekerja tersebut  telah  didaftarkan di Portal MYFutureJobs. Mana-mana majikan yang memohon insentif di bawah PenjanaKerjaya perlu terlebih dahulu mendaftar pekerja tersebut dengan PERKESO mengikut  syarat di atas.
  • Bagi majikan yang telah mendaftarkan kekosongan pekerjaan serta telah membuat penempatan di bawah portal pekerjaan selain daripada Portal MYFutureJobs, majikan perlu mengemaskinikan maklumat kekosongan tersebut di bawah MYFutureJobs termasuk pendaftaran pekerja bagi  tujuan pemprosesan bayaran permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja serta bagi tujuan pengesahan caruman di portal ASSIST PERKESO.

3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya?

Pengesahan dan dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Maklumat akaun bank majikan (salinan halaman hadapan Penyata Bank / muka depan buku bank yang tertera nama majikan, nombor akaun majikan dan nama bank)
  • Maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan Maklumat (Business Registration Number- BRN)

4. Bagaimanakah pembayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya dilaksanakan?

  • Bayaran insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah secara bulanan kepada majikan selepas bayaran caruman wajib seperti PERKESO dilaksanakan (bulan seterusnya);
  • Bantuan Mobiliti yang dibayar secara one-off kepada pekerja melalui majikan pula perlu dibayar kepada pekerja yang layak dalam tempoh 7 hari dari tarikh bayaran diterima daripada PERKESO; dan
  • Bayaran insentif hanya akan dilaksanakan setelah semua syarat seperti di soalan di atas dipenuhi termasuk caruman bulanan PERKESO yang telah dikreditkan terus ke dalam akaun bank (Contoh: pekerja atau perantis yang diambil bekerja pada 1 Julai 2020 tetapi majikan mendaftar dan mencarum pekerja tersebut dengan PERKESO pada 15 Julai 2020, bayaran insentif hanya boleh dibuat mulai bulan Ogos 2020 dan ke atas).

5. Adakah majikan akan menerima insentif di bawah PenjanaKerjaya sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau diberhentikan?

  • Insentif yang berikutnya di bawah PenjanaKerjaya TIDAK DIBAYAR kepada majikan sekiranya pekerja dan perantis tersebut meletakkan jawatan atau telah diberhentikan.

6. Apakah takrifan pekerja yang dimaksudkan bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya?

  • Pekerja bagi insentif di bawah PenjanaKerjaya adalah mengikut takrifan ‘pekerja’ di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800).

7. Bagaimanakah semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pihak majikan?

8. Adakah majikan perlu membuat permohonan setiap bulan?

  • Tidak perlu. Majikan hanya perlu memastikan pembayaran caruman kepada PERKESO dibuat setiap bulan untuk melayakkan menerima insentif pengambilan setiap bulan.
  • Sekiranya pekerja atau perantis tersebut diberhentikan/meletak jawatan, majikan diwajibkan mengemaskini maklumat pekerja/perantis di SISTEM ASSIST PERKESO terlebih dahulu.

 

B. BANTUAN MOBILITI (MOBILITY ASSISTANCE)

1. Apakah syarat bagi Bantuan Mobiliti di bawah PenjanaKerjaya?

  • Pekerja dan perantis yang diambil oleh majikan di bawah program insentif pengambilan ini yang perlu berpindah melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja terkini adalah layak menuntut bantuan RM600 melalui majikan;
  • Sekiranya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung Malaysia atau sebaliknya layak menuntut RM1,000 melalui majikan;
  • Bantuan Mobiliti akan dibayar kepada pekerja melalui majikan secara one-off; dan
  • Pekerja hanya layak menerima Bantuan Mobiliti sekali sahaja sepanjang tempoh program.

 

C. PROGRAM LATIHAN

1. Apakah syarat program latihan di bawah PenjanaKerjaya?

  • Majikan yang mengambil pekerja (kecuali perantis) di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran (re-skilling & upskilling) berdasarkan keperluan pekerjaan atau industri berkenaan;
  • Senarai kursus latihan yang diperakukan oleh PERKESO akan disenaraikan secara terperinci di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa; dan
  • Kadar yuran latihan maksimum RM4,000 bagi seorang pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

2. Bilakah Program Latihan di bawah  PenjanaKerjaya mula dilaksanakan?

  • Program Latihan di bawah PenjanaKerjaya dibuka untuk permohonan mulai 1 Julai 2020.

3. Bagaimanakah cara majikan untuk membuat permohonan kursus bagi pekerja di bawah Program Latihan ini?

  • Majikan boleh memilih kursus yang tersenarai di bawah Program Latihan PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my serta perlu mendapat kelulusan atau pengesahan daripada PERKESO.

4. Apakah kursus yang ditawarkan di bawah program ini?

  • Hanya kursus yang telah diluluskan oleh PERKESO dan tersenarai di bawah PenjanaKerjaya sahaja yang ditawarkan.

5. Siapakah yang perlu mengemukakan Permohonan Program Latihan?

  • Majikan perlu mengemukakan permohonan latihan berdasarkan keperluan pekerja yang diambil di bawah insentif ini.

6. Berapa lamakah tempoh latihan di bawah PenjanaKerjaya?

  • Tempoh latihan di bawah PenjanaKerjaya adalah bergantung kepada jenis kursus yang merangkumi soft skill, hard skill, transferable skill, occupation – specific dan hybrid yang tidak melebihi 30 hari.

7. Apakah yang perlu dilaksanakan oleh majikan dan penyedia latihan selepas membuat pemilihan kursus ?

  • PERKESO akan membuat pengesyoran kelulusan dan mengeluarkan ‘guarantee letter’ untuk dibekalkan kepada penyedia latihan.
  • Penyedia latihan adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan semua dokumen seperti bukti kedatangan dan lain-lain bagi tujuan pembayaran kepada penyedia latihan tersebut.
  • Majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka mengikuti kursus sehingga selesai.

Rujukan: HIRING_INCENTIVE_FAQ_-PMO.latest dan 140620_-_KENYATAAN_MEDIA_PENJANAKERJAYA

 

Cheng & Co is the leading home-grown International Accounting Firm provide one-stop professional centre with innovative solutions for excellence. Our team is specialized in providing insightful advice to assist your company to get through the business difficulties.

If you have further query, please do not hesitate to contact us via enquiry@chengco.com.my or WhatsApp to +60127017918

The contact details of Cheng & Co Regional office personnel are as follows: or

 

Read more:

RM35 Bilion Pelan Jana Semula Ekonomi Negara/ PENJANA Versi Bahasa Melayu

PENJANA – Program Subsidi Upah (PSU)

 

Disclaimer clause:
The information provided by CHENG & CO (“we,” “us” or “our”) on www.chengco.com.my (the “Site”) [and our mobile application] is for general informational purposes only. All information on the Site [and our mobile application] is provided in good faith, however we make no representation or warranty of any kind, express or implied, regarding the accuracy, adequacy, validity, reliability, availability or completeness of any information on the Site [or our mobile application].

Share to your colleagues and friends: