NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PDPA - Cheng & Co
PDPA - Cheng & Co

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menyatakan bagaimana Kumpulan Cheng & Co (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Kumpulan tersebut”) mengumpul, mengguna dan melindungi Data Peribadi yang kamu berikan kepada Kumpulan tersebut. Dengan menggunakan perkhidmatan mana-mana ahli Kumpulan tersebut atau dengan melayari laman web Kumpulan tersebut di www.chengco.com.my (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Laman Web”), kamu dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi kamu oleh Kumpulan tersebut di dalam perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan audit dan/atau perakaunan ataupun perkhidmatan-perkhidmatan yang kamu perlukan daripada mana-mana ahli Kumpulan tersebut (“Perkhidmatan-Perkhidmatan”).

1. DATA PERIBADI

1.1 “Data Peribadi” yang kamu berikan ataupun yang telah diberikan kepada Kumpulan tersebut termasuk nama kamu, maklumat perhubungan, alamat, alamat emel, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, maklumat akaun bank dan sebagainya.

1.2 Selain daripada Data Peribadi yang kamu berikan kepada Kumpulan tersebut secara langsung (sama ada ketika menggunakan perkhidmatan kami ataupun semasa sebarang komunikasi dengan Kumpulan tersebut), Kumpulan tersebut juga mungkin akan memperolehi Data Peribadi kamu daripada pelbagai sumber lain, termasuk tanpa had, dari alat carian talian, maklumat yang diperolehi daripada pihak ketiga melalui sumber yang sah termasuk tetapi tidak terhad kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Biro Kredit Bank Negara Malaysia atau mana-mana agensi laporan kredit, atau di acara-acara yang dianjurkan atau disertai oleh Kumpulan tersebut.

1.3 Berkenaan dengan data peribadi bagi pihak ketiga seperti pasangan kamu dan ahli-ahli keluarga kamu, kamu dengan ini menjamin bahawa kamu telah mendapatkan persetujuan mereka untuk membenarkan kami untuk memproses data peribadi mereka dan kamu akan melanjutkan satu salinan Notis ini kepada mereka.

2. TUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI

2.1 Dengan menggunakan perkhidmatan Kumpulan tersebut, kamu dengan ini bersetuju dan membenarkan Kumpulan tersebut menggunakan dan memproses Data Peribadi kamu yang telah diberikan kepada Kumpulan tersebut, dalam cara dan untuk tujuan yang dinyatakan di bawah:

(1) untuk tujuan bagi Perkhidmatan-Perkhidmatan tersebut;

(2) untuk menyediakan apa-apa dokumen atau surat cara yang dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan di dalam subperenggan (1) di atas dan apa-apa kerja sampingan lain yang berkaitan dengan subperenggan (1) di atas;

(3) untuk memberi maklumat yang diperlukan kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan atau keperluan kerajaan;

(4) untuk tujuan pentadbiran dalaman Kumpulan tersebut termasuk tujuan penyemakan asal usul dan konflik;

(5) untuk Kumpulan tersebut berkomunikasi dengan kamu; dan

(6) untuk Kumpulan tersebut mematuhi obligasi mereka di bawah undang-undang atau mana-mana peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan.

2.2 Ia adalah secara sukarela bagi kamu untuk membekalkan Data Peribadi kamu kepada Kumpulan tersebut. Tetapi, jika kamu tidak ingin berikan Data Peribadi kamu, Kumpulan tersebut mungkin tidak dapat:

(1) memberikan perkhidmatan yang kamu perlukan; atau

(2) berkomunikasi secara efektif dengan kamu.

2.3 Kumpulan tersebut juga mungkin akan menggunakan dan memproses Data Peribadi kamu untuk tujuan lain seperti:

(1) untuk menghantar kepada kamu kad-kad ucapan, surat berita, artikel-artikel dan rencana-rencana lain, mengedar maklumat acara, persidangan, ceramah dan seminar yang mungkin menarik minat kamu; dan

(2) sebagai rujukan kepada editor / penyelidik, penerbitan, laporan dan jurnal, dan bakal pelanggan yang inginkan maklumat rujukan bagi kerja-kerja yang pernah kami kendalikan,

jika ada, melalui emel atau mel.

Jika kamu tidak bersetuju bagi Kumpulan tersebut memproses Data Peribadi kamu untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2.3 ini, sila maklumkan kepada Kumpulan tersebut dengan menghubungi Kumpulan tersebut melalui butiran hubungan yang dinyatakan dalam perenggan 5.1 di bawah.

3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI

3.1 Data Peribadi kamu yang diberikan kepada Kumpulan tersebut atau diperolehi Kumpulan tersebut akan disimpan sulit oleh Kumpulan tersebut. Akan tetapi, ia mungkin perlu bagi Kumpulan tersebut untuk menggunakan pihak ketiga, pembekal perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak Kumpulan tersebut. Dalam situasi ini, kamu dengan ini bersetuju dan membenarkan Kumpulan tersebut untuk mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi kamu kepada pihak ketiga, mahupun di dalam atau di luar Malaysia, termasuk tanpa had, seperti yang berikut:

(1) bank-bank dan institusi-institusi kewangan;

(2) syarikat-syarikat insuran;

(3) syarikat-syarikat yang membekalkan kemudahan penyimpanan (storage facility);

(4) penasihat-penasihat luaran dan profesional yang lain, seperti juruaudit, syarikat insuran dan peguam; dan

(5) mana-mana pihak lain sebagaimana Kumpulan tersebut fikirkan perlu bagi tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 2 di atas termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan perniagaan dalaman termasuk pengurusan hubungan pelanggan, pengurusan akaun, laporan kewangan dalaman, sokongan teknologi maklumat (seperti penyimpanan, hosting, penyelenggaraan, sokongan dan sebagainya) termasuk penyumberan luar yang sama.

3.2 Kumpulan tersebut juga akan mendedahkan dan memindahkan maklumat tersebut kepada mana-mana badan-badan berkanun, badan-badan pengawal aturan dan/atau pihak berkuasa kerajaan di mana adalah perlu untuk berbuat demikian di bawah undang-undang.

4. EMEL DAN LAMAN WEB

4.1 Sebarang Data Peribadi yang terkandung di dalam emel dan mesej “Hubungi Kami” yang dihantar melalui Laman Web Kumpulan tersebut hendaklah digunakan dan diproses mengikut cara yang dinyatakan di dalam Notis ini. Kandungan mesej-mesej tersebut akan diselia ketat oleh Kumpulan tersebut.

4.2 Jika kamu tidak inginkan Data Peribadi kamu dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, sila konfigurasikan internet kamu untuk memadamkan atau menyahaktifkan “cookies”.

4.3 Laman Web Kumpulan tersebut mungkin mengandungi sambungan ke laman web dan laman-laman lain. Kumpulan tersebut tidak bertanggungjawab bagi apa-apa Data Peribadi atau maklumat yang kamu berikan kepada entiti lain melalui sambungan-sambungan tersebut.

5. PERMINTAAN UNTUK AKSES DAN PERTANYAAN

5.1 Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini sama ada memohon untuk mendapat akses kepada, atau memohon untuk pembetulan dibuat ke atas Data Peribadi kamu (tertakluk kepada sebarang bayaran, jika berkenaan), atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi kamu oleh Kumpulan tersebut, yang mana berkenaan, tetapi tertakluk kepada pengecualian dan sekatan sebagaimana yang terkandung di bawah undang-undang yang terpakai. Jika kamu ingin berbuat demikian, sila hubungi:

En. Bryan Lew
No. Tel: 03-79848988

Anda juga boleh menghubungi Kumpulan tersebut melalui butir-butir hubungan di atas jika kamu mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi kamu yang diberikan kepada Kumpulan tersebut.

5.2 Sila ambil perhatian bahawa Kumpulan tersebut mempunyai hak untuk menolak permintaan kamu untuk mendapat akses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi kamu, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.

5.3 Sekiranya terdapat apa-apa perubahan di dalam Data Peribadi anda, anda adalah dikehendaki untuk menghubungi dan memaklumkan Kumpulan tersebut dengan secepatnya melalui butir-butir hubungan yang terkandung di perenggan 5.1 di atas.

6. AM

6.1 Kumpulan tersebut berhak untuk meminda atau mengubah suai Notis ini dari semasa ke semasa.

6.2 Notis Perlindungan Data Peribadi ini diisu dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten atau terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.